Friday, April 8, 2011

BANGSA BABI


Wauuu!!!.. jangan marah walaupun tak gemar dengan tajuknya. Salam sahabat pembaca sekelian. Mungkin saudara terfikir dan tak terfikir apa yang akan cuba aku sampaikan kali ini. Ini lah diatara perbualan aku dengan beberapa orang rakan sealiran yang dari zero kepada neuro, kekadang tak terjangkau otak memikirkan nya, tetapi percaya lah boleh jadi akan keujudannya Bangsa Babi ini. Jangan salah paham Bangsa Babi bukan lah datangnya dari percaturan Manusia dengan Babi yang menghasilkan Bangsa Babi ini tidak juga melalui proses pekahwinan Babi dan Manusia, tidak ..tidak ..tidak… Tetapi apa yang nak aku sampaikan disini ialah bagaimana akan terujudnya Bangsa Babi ini dari kehidupan biasa kita setiap hari selama hidup di dunia ini. Di negara ini tercinta ini Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan Agama Islam menjadi agama rasmi di Malaysia ini. Walaupun Islam adalah agama rasmi tetapi undang undang tidak menghalang untuk mereka mereka yang bukan beragama Islam untuk meneruskan kepercayaan mereka. Melalui teras Agama Islamlah maka telah di peraturkan hukum halal dan haramnya, sahingga ada jabatan khas yang menjaga hal ehwal agama Islam di Malaysia ini. Baik , kita bertanya diri kita, selama hidup di Malaysia ini pernah tak kita “termakan” atau tak kisah jika termakan benda benda haram baik dari segi jelas dan samarnya?. Baik mungkin ada yang akan berkata jika berada didalam keadaan samar maka hukumnya harus ( sahingga keputusan dibuat), jika jelas maka tinggalkan. Pernahkah kita bertanya perkara disekeliling atau di persekitaran rumah kita semua nya ‘Halal’?, baik dalam bilik madi saperti sabun , syampu, ubat gigi , berus gigi dan sebagainya. Begitu juga di dapur pernahkah kita melihat perkara halal haram ini dengan jelas dan paham, saperti serbuk kari dan perencah, serbok teh dan kopi..kopi?? he he he macam pernah dengar isu ini. Sahingga beberapa peralatan yang terdapat disekeliling untuk kegunaan kita seharian. Mungkin ada yang berkata , “ala kalau nak fikir halal haram nih susah lah” Baik saperti isu ‘Kopi’ ( supaya senang nampak) baru baru ini, ramai yang hairan bagaimana sebok kopi ini menjadi tidak halal? ada najis ka? ada kulit binatang ka? atau ada air liur babi kah? Begitu juga dengan pembikinan serbuk kari..kat mana pula jadi haram dan tidak halalnya? – kau jangan merapu lah OB , mungkin ini yang akan orang kata pada aku. tak apa aku cuma buat kerja aku sahaja. Bagaiman pula dengan pembikinan / pemasangan kereta? aik??? kereta pun ada halal haram ka OB? tak apa nanti aku ceritakan bagaimana terjadinya Halal , Haramnya. Baik, berbalik pada isu kopi tadi ( sebab masih baru dan masih segar dalam ingatan pembaca) lihatlah kepada pengemar kopi dari pengeluar tersebut agak agak sudah berapa lama tuan puan minum kopi dari kilang dan pengeluar ini? agak agak sepanjang hayat ada kot. Maknanya sepanjang hayatlah dalam badan kita di lingkjaran najis dari babi ini. Baik OB tadi kau kata rempah ratus juga boleh tercemar najis babi tanpa macam mana tu? Jawapan yang perlu kau tahu adalah, adakah kilang itu memproses bijirin rempah di buat cara tradisional ( tumbuk mengunakan lesong kayu) atau di proses mengunakan jentera? Jika di proses mengunakan lesong kayu aku yakin ianya bersih tetapi jika mengunakan jentera kita kena tahu dari bahan pelincir yang di gunakan itu diperbuat dari lemak apa adakah ianya dari lemak yang halal. Begitujuga dengan alat pemasangan kenderaan kena pastikan bahan pelincir (gress) yang di gunakan pada jentera tersebut adalah yang sah halalnya, jika tidak kia sudah membarkan diri kita sentiasa berada didalam hadas yang besar tanpa kita sedari, saperti kita memakai kasut yang diperbuat dari kulit babi yang tidak kita sedari sahingga pergi solat jumaat juga kita menyarung kasut berkulit babi tadi tanpa rasa berhadas, bagai mana dengan solat kita ketika itu? syarat sah solat adalah suci dari najis/ hadas. ( harus jika kita tidak mengetahuinya, selama mana kita perlu bergantung pada hukum harus ini tanpa beljar dari kesilapan?) Saperti yang sering aku sebut “jika kita melihat sebilah pisau yang diguna untuk memotong daging babi, dibersihkan dan dilap kering kemudian di buat pula potong sayur adakah boleh sayur ini di makan oleh orang Islam”? sebab sayuran mana datangnya haram yer dak?. Bagaimana dengan peralatan kecantikkan, ubat ubatan yang terdapat pada masa kini, sahingga kini pun masih terdapat lagi di pasaran. Sebelum terdedah akan halal haramnya sudah berapa ramaikah agaknya yang telah menyapu di pipi gebu, dahi, payu dara dan tubuh atau ada yang sudah pun menelannya bertahun tahun. Bagaimana pula bangsa babi ini boleh ujud OB? Sahabat mungkin pernah atau dah biasa dengar perkataan saperti menjadi Darah Daging, Darah Kacukan, Darah Enggris, Darah Keling atau DKK, Darah Belanda atau Wajah Pan Asia dan macam macam gelaran jadi tidak terasakah keujudannya Bangsa Babi ini bila mana disetiap aliran darah dalam tubuh manusia di cemari dengan najis babi? ( bukan taik babi ok! kerana apa sahaja dari babi adalah najis dan haram pada umat Islam). Disebabkan banyaknya aliran najis babi didalam darah manusia maka tidak hairanlah jika kini terdapat banyak prilaku manusia menyerupai babi, menyondol tak tentu hala, memuntah dan memakan semula najisnya tidak merasa malu melakukan mungkar di kalayak ramai ( kalau bersembunyi itu urusan kau dengan tuhan) saperti tidak berpuasa di bulan Ramadan kalau tak berpuasa pun mentedarahlah kat rumah atau kat bilik sendiri kalau di khalayak itu dah dikira macam babi lah tu. Malahan ada juga masyarakat sekeliling melihat perkara mungkar ini saperti tidak ada apa yang salahnya walau pun tidak berapa selesa hanya kerana mengikut dari segi adat sahaja. Beberapa minggu yang lalu aku di beri kesempatan untuk menyertai sekumpulan manusia yang kononnya memperjuangkan amal makruf nahi mungkar, setelah selesai majlis aku di jemput untuk menikmati jamuan disebuah restoran yang menurut sahabat tadi sedap dan yang terbaik di sekitar Wilayah ini. Pertama soalan yang keluar dari mulut aku ada lah ” halal” ke? dengan spotan dia jawab halal sambil menunjukkan logo halal pada salah satu banner yang terdapat pada restoran tersebut, aku terus bertanya “eh ini bukan kedai Muslim!” , “eh tak apa En Din restoran ini telah di tanggung halal”. Oleh kerana sahabat tadi melihat kerut wajah aku yang tak selesa maka dia memaklumkan pada ketuanya bahawa aku tidak begitu selesa di restoran yang mereka bawa, lalu sang Ketua Utama tadi datang dan memujuk aku dengan mengatakan ” kalau nak kira halal haram nih En Din susah kita nak hidup di Kuala Lumpur nih” , oleh kerana aku ini berpegang pada ” Nak mengikut biar berakal nak menurut biar pintar” lalu aku bertanya pada sang Ketua Utama tadi ” siapa kah yang menanggung halalnya? sedang kan mereka ini sendiri akan menjadi bahan bakar di akhirat nanti” Akhirnya sang Ketua Utama tewas dan beralah dengan hujah aku maka mereka menurut kehendak dan pendirian aku ( dan aku menang dengan pendirian aku alhamdullilah) walaupun mereka terpaksa menaggung kerugian kerana restoran telah pun di tempah ( kebiasaan jika di tempah mesti sudah di bayar wang pendahuluan). Lihat lah bagaimana aliran darah dan najis babi yang telah meresap didalam badan manusia sahingga menyebabkan akal tidak lagi boleh berpaksikan “la Iallah ha ill Allah” dan menganggap mudah tentang halal dan haram ini. Dan tidak kah mungkin terujudnya bangsa babi ini? satu bangsa yang boleh mengenepikan hukum hanya melihat pada perkara paling mudah dan kasar tampa memikir dengan Nur Allah ia ini akal. Satu bangsa yang menyama tarafkan Islam dan agama lain, Perlakuan sumbang dianggap soal remeh dan pribadi, hilangnya rasa malu di mata masyarakat saperti bersekongkol dengan perbuatan zina atau menguruskan perlakuan zina (lihat video Dato T), mengenepikan hukum dan rukun Islam dan kehidupan. Membunuh diri di kira penelesaian masalah, rasuah di kira satu cabang atau punca pendapatan, sanggup merelakan agama dipermainkan hanya demi takut kehilangan darjat dan kebesaran, Sebenar pemimpin agama di perlekeh dan penjual agama di sanjung sahingga ke tahap maksum. Melihat pada perkara yang berlaku dipersekitaran hari ini, sudah berapa lamakah darah hasil najis babi ini mengalir didalam tubuh kita? dan mungkinkah sudah terujudnya Bangsa Babi ini di Malaysia tercinta ini? . Aku biarkan persoalan di atas untuk sahabat sekelian memikir sebelum menjawabnya. Orait sampai disini dahulu kita jumpa lagi… Assalamualaikum.(Tulisan asal untuk http://ob21.net/)

No comments:

Post a Comment