Perkasa Pendang memulakan aktiviti kemasyarakatannya dengan segera sejajar dengan matlamat dan visinya dengan memberi bantuan segera kepada ahlinya yang ditimpa bencana.Pada minggu yang lalu salah sebuah rumah ahli Perkasa Pendang telah terbakar hangus dan apabila dimaklumkan kepada Pengerusi Perkasa Pendang En.Najmuddin Darus,beliau telah mengarahkan jawatankuasa Perkasa Pendang menyegerakan alternatif supaya bantuan dapat disalurkan kepada mangsa bagi meringankan bebanan.Sejajar dengan itu Ketua Wira Perkasa Kedah merangkap Ketua Wira Perkasa Pendang En Shahrol Niza Omar telah membuat lawatan ke tempat mangsa kebakaran bersama-bersama dengan jawatankuasa Perkasa Pendang dan beberapa agensi setempat seperti Felcra,Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jawatankuasa Biro Media Baru UMNO bahagian Pendang serta Pn.Rokiah dari Biro Kebajikan Wanita UMNO Pendang serta Wartawan Akhbar Sinar Harian yang membuat liputan(rujuk berita sinar edisi utara 24 mac 2010 berita lanjut)bagi berbincang mengenai cara dan kaedah bantuan dapat disalurkan.Hasil dari perbincangan, pihak Felcra telah bersetuju memberikan bantuan baik pulih rumah.Melalui perbincangan tersebut bantuan yang akan disalurkan adalah berupa bahan binaan dan gotong royong akan dijalankan bersama penduduk setempat bagi membina semula rumah saudara Ab Rahman yang terbakar.
Mangsa ketika dihubungi melahirkan ucapan terimakasih yang tidak terhingga dan rasa terharunya kepada Perkasa Pendang dan agensi agensi lain yang terbabit atas usaha pantas membela nasib ahli ahlinya.
No comments:
Post a Comment