Thursday, June 16, 2011

BERSIH YG KOTOR...MAMPUKAH S.AMBIGA MENGLEMBUKAN BANGSA MELAYU







Buat Rakyat Malaysia yang Cintakan Keamanan dan negara Malaysia yang tercinta ini usahlah kita terpedaya dengan Demo Bersih yang di anjurkan oleh Pakatan Pembangkang iaitu terdiri dari PAS, DAP dan PKR.

Tanya pada diri kita untuk apa Demo Bersih ini perlu di adakan di kala Malaysia aman dan tenteram dan kita mempunyai peluang yang cukup besar dalam mencari rezeki. Apakah kita ingin menjadi seperti negara jiran Indonesia, Thailand, Bangladesh, India yang demosntrasi sebegini akhirnya akan merugikan rakyat sendiri?

Ingatlah matlamat Pakatan Pembangkang, apabila mereka menang 5 negeri pada Pilihanraya yang lalu mereka tidak menyatakan sistem pengundian yang ada tidak adil sebaliknya memuji muji SPR.Bila mereka tewas pada pilihanraya kecil kepada BN mereka katakan SPR tidak adil, undi hantu dan sebagainya bagi menidakkan keputusan yang telah di buat pengundi.

Jadi perlu apa BERSIH di adakan? untuk apa?

Ini semua demi menyelamatkan Anwar Ibrahim yang sekarang ini sedang menghadapi tuduhan Kes Liwat dan waktu ini Anwar Ibrahim telah GAGAL membawa saksi ke dalam pembelaan nya. Malah Video Seks Anwar Ibrahim juga telah membuatkan rakyat sedar bahawasanya Anwar Ibrahim bukanlah seorang pemimpin yang layak untuk di julang menjadi negarawan.

Pada 9 Julai ini jika anda semua sayangkan Negara dan bersama menjaga keamanan usahlah terikut ikut dengan mereka Pakatan Pembangkang yang akan menggunakan anda sebaik mungkin dalam agenda politik mereka.

Anda yang berlari lari, anda yang di sembur Gas pemedih mata namun mereka Pimpinan Pakatan Rakyat hanya menyapu peluh di dahi melihat anda semua sedang bertempik melolong tampa arah tujuan.

Bersama sama kita Menentang Demo BERSIH yang akan di anjurkan 9 Julai Ini. BERSIH membawa BERCANA kepada Malaysia.

No comments:

Post a Comment