Friday, January 8, 2010

BANTAHAN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA KEDAH



SUNGAI PETANI-8 Januari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA KEDAH)telah membuat bantahan setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya Pada 31 Disember lalu,

Keputusan itu mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam dalam tempoh seminggu ini.

Mahkamah yang sama bagaimanapun menangguhkan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri.

Menurut YDP PERKASA Kedah Syed Osman Mansor dalam kenyataannya pada pihak media pada hari yang sama menjelaskan 9 perkara yang didokong PERKASA KEDAH iaitu:

1.Menyokong penuh langkah kerajaan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan sebagai jalan terbaik bagi menyelesai kemelut yang dihadapi.

2.Mengharapkan pihak Kehakiman akan memberi satu keputusan yang adil dan saksama kepada semua pihak dengan mengambil kira sensitiviti kaum,agama,keharmonian dan keamanan negara.

3.Meminta pihak gereja katolik agar menarik balik niat mengguna kalimah ALLAH dalam penerbitan mingguan Herald weekly atau dalam lain lain cetakan terbitan gereja.

4.Mengharap semua pihak menerima keputusan yang bakal dibuat oleh pihak kehakiman dengan tenang, fikiran yang waras dan tanpa dipengaruhi oleh emosi dan prejudis.

5.Meminta penganut agama lain agar menghormati sentiviti umat melayu Islam seperti mana mereka berkehendakan hak agama mereka dihormati.

6.Memohon pihak kerajaan mengambil langkah langkah tegas bagi memastikan peruntukan peruntukan dalam perlembagaan tidak diseleweng secara mala fide oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab agar tidak berlaku ketegangan dan huru hara yang akan menggugat keamanan awam berkaitan agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

7.Meminta kerajaan mengambil langkah proaktif bagi memperkasa dan menguatkuasakan perlaksanaan Enakmen Syariah Negeri Negeri yang berkaitan dengan pengembangan agama lain dan penggunaan kalimah kalimah Islam seperti yang diperuntukkan didalamnya.

8.Memohon perkenan agar Majlis Raja Raja mengadakan persidangan tergempar untuk menitahkan pendirian mengenai isu ini dan menitahkan tindakan agar kesucian Agama Islam dipertahankan.

9.Mengharap semua pertubuhan umat melayu di Malaysia tanpa mengira ideologi politik bersatu teguh di dalam mempertahankan kesucian Agama Islam.

Kenyataan YDP PERKASA KEDAH itu juga turut mendesak "penganut agama lain tidak mempertikaikan kemuliaan dan keagungan Allah baik dari sudut nama dan sifatnya, kemulilaan Rasulullah dan risalah yang dibawanya".

"Penganut agama lain menghormati segala syiar Islam yang meliputi perlakuan dan ibadah, tempat-tempat suci, pakaian dam juga perlambangan," dokumen itu dipetik dari kenyataan beliau kepada pihak Media sebentar tadi.

Dalam kenyataannya pada Media ,Syed Osman Mansor berkata pihaknya membuat bantahan tersebut bukan untuk mencabar keputusan mahkamah, sebaliknya “untuk menzahirkan hasrat, sentimen dan kegusaran umat Islam.”

No comments:

Post a Comment