Wednesday, March 24, 2010

PERKASA PENDANG TERUS BERGERAK PROAKTIF DENGAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN

RUMAH AHLI PERKASA PENDANG SAUDARA AB.RAHMAN TERBAKAR HANGUS
Perkasa Pendang memulakan aktiviti kemasyarakatannya dengan segera sejajar dengan matlamat dan visinya dengan memberi bantuan segera kepada ahlinya yang ditimpa bencana.Pada minggu yang lalu salah sebuah rumah ahli Perkasa Pendang telah terbakar hangus dan apabila dimaklumkan kepada Pengerusi Perkasa Pendang En.Najmuddin Darus,beliau telah mengarahkan jawatankuasa Perkasa Pendang menyegerakan alternatif supaya bantuan dapat disalurkan kepada mangsa bagi meringankan bebanan.Sejajar dengan itu Ketua Wira Perkasa Kedah merangkap Ketua Wira Perkasa Pendang En Shahrol Niza Omar telah membuat lawatan ke tempat mangsa kebakaran bersama-bersama dengan jawatankuasa Perkasa Pendang dan beberapa agensi setempat seperti Felcra,Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jawatankuasa Biro Media Baru UMNO bahagian Pendang serta Pn.Rokiah dari Biro Kebajikan Wanita UMNO Pendang serta Wartawan Akhbar Sinar Harian yang membuat liputan(rujuk berita sinar edisi utara 24 mac 2010 berita lanjut)bagi berbincang mengenai cara dan kaedah bantuan dapat disalurkan.Hasil dari perbincangan, pihak Felcra telah bersetuju memberikan bantuan baik pulih rumah.Melalui perbincangan tersebut bantuan yang akan disalurkan adalah berupa bahan binaan dan gotong royong akan dijalankan bersama penduduk setempat bagi membina semula rumah saudara Ab Rahman yang terbakar.
Mangsa ketika dihubungi melahirkan ucapan terimakasih yang tidak terhingga dan rasa terharunya kepada Perkasa Pendang dan agensi agensi lain yang terbabit atas usaha pantas membela nasib ahli ahlinya.

Majlis Pelancaran Perkasa Pendang pada 13 hb Mac 2010

UCAPAN PENGERUSI PERKASA PENDANG EN.NAJMUDDIN DARUS

HADIRIN AHLI PERKASA YANG HADIR



KETUA WIRA PERKASA KEDAH MERANGKAP KETUA WIRA PERKASA PENDANG SEGAK BERGAYA BERSAMA JAWATANKUASA PERKASA PENDANG


JAMUAN TEH DAN RAMAH MESRA YB DATUK PADUKA IBRAHIM ALI,SYED OSMAN MANSUR BERSAMA KETUA UMNO PENDANG YANG TURUT HADIR DIMAJLIS PELANCARAN




UCAPAN PRESIDEN PERKASA MALAYSIA DATUK PADUKA IBRAHIM ALI

UCAPAN YDP PERKASA KEDAH SYED OSMAN MANSUR

BARISAN JAWATANKUASA PERKASA PENDANG

Wednesday, February 24, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN PERKASA DAERAH PENDANG


Jawatankuasa Penaja Perkasa Daerah Pendang dengan sukacita dan besar hati menjemput semua ahli ahli PERKASA daerah Pendang,Persatuan persatuan belia daerah Pendang,NGO Islam Daerah Pendang serta orang ramai hadir ke Majlis Pelancaran Perkasa bagi Daerah Pendang

Majlis Pelancaran PERKASA MALAYSIA bagi Daerah Pendang akan dihadiri oleh tetamu Kehormat Yang Berbahagia Datuk Paduka Ibrahim Ali Presiden PERKASA Malaysia

Monday, February 8, 2010

Cabaran Bangsa Melayu Masa Kini


ORANG Melayu perlu memperkukuhkan pemikiran mereka dengan kebijaksanaan akal dan kekuatan hujah dalam usaha mempertahankan kebudayaan Melayu daripada diganggu gugat dalam asakan globalisasi masa kini terutama dari segi sosio ekonomi, budaya dan permainan permainan politik kaedah ‘Mikro Wave’ dengan keupayaan memanipulasi bahan itu sendiri.
Yang pastinya, penjajahan baru di dalam bentuk penjajahan ekonomi ini akan pasti diwartakan. Sebenarnya, penglobalisasian ini adalah satu sistem unik yang merupakan arena survival of the fittest. Hanya bangsa yang terkuat dan cukup bersedia sahaja akan berjaya menyambung kerelevanan bangsa mereka di masa hadapan. Bangsa Melayu mungkin goyah dan tidak bersedia kerana ekonominya tidak kukuh, manakala politiknya masih lagi porak peranda. Jika benar berlakunya penglobalisasian di masa yang terdekat ini, bangsa Melayu mungkin akan terjerumus kembali seperti zaman penubuhan Malayan Union 1946 dulu. Tetapi kali ini, usaha penyatuan dan perjuangan bangsa Melayu mungkin sia-sia. Ini adalah kerana penjajah-penjajah baru ini telah mengambil iktibar dari sejarah silam dan akan memastikan ‘pisang tidak berbuah 2 kali’. Tatkala itu, rintihan bangsa Melayu tidak akan didengar oleh bangsa-bangsa lain yang mana mereka sendiri sibuk mempertahankan diri sendiri.
Berdasarkan fakta-fakta sejarah politik bangsa Melayu dan pelbagai senario perkembangan dunia yang bakal ditempuhi nanti, sebenarnya landasan perjuangan setiap orang Melayu sekarang ini hanyalah SATU, iaitu perjuangan untuk kembali bersatu hati dan suara. Perbezaan ideologi politik perlu diketepikan demi melengkapkan kriteria berhasilnya Anjakan Paradigma bangsa Melayu yang diimpikan. Perjuangan menegakkan agama Islam pula bukan hak eksklusif mana-mana parti Melayu. Malah perjuangan Islam adalah kewajipan dan jihad setiap orang Islam di setiap detik kehidupan mereka Orang Melayu tahu bahawa kesenangan, kemewahan dan ketahanan bangsa adalah terletak kepada politiknya. Kemajuan-kemajuan bangsa seperti ilmu, harta benda, k-ekonomi dan sebagainya merupakan hasil-hasil daripada kekuatan tersebut dan tertakluk kepada berjayanya perlaksanaan kekuatan suara politik itu. Hanya melalui kekuatan dan kesatuan Melayu sahaja, pemfokusan bangsa Melayu sekarang dapat diperbetulkan dan disalurkan sepenuhnya kepada menyegerakan usaha-usaha membentuk bangsa Melayu berdaya saing, kuat samada ekonomi, persaudaraan dan politiknya.
Kita mesti sedar bahawa bangsa-bangsa lain di dunia sedang sibuk memperlengkap dan memperkuatkan bangsa mereka agar dapat mempertahankan kerelevanan kewujudan bangsa mereka di dunia tanpa sempadan nanti. Kita juga boleh mengambil iktibar suasana politik kaum-kaum majmuk di Malaysia ini. Bangsa Cina mempunyai parti terbesar iaitu MCA dan Gerakan di dalam kerajaan. Walau bagaimana bergolak pun suasana parti dan berlakunya penarikan pemimpin-pemimpin dari satu parti, pergerakan ahli-ahlinya masih di dalam parti yang berada di dalam kerajaan. Bangsa India pula di wakili oleh MIC yang mempunyai pemimpin-pemimpin yang begitu signifikan di dalam kaumnya. PPIP turut menguatkan lagi politik bangsa India di dalam kerajaan. Bangsa Melayu pula mempunyai 3 kumpulan parti yang signifikan iaitu UMNO, PAS dan Keadilan. Masaalahnya ialah mereka tidak duduk sebumbung. Ini menyebabkan berlakunya perpecahan suara dan kuasa politik bangsa Melayu yang signifikan. Sebab itulah bangsa Melayu perlu menyegerakan penyatuan agar tidak akan berlaku lagi igauan peristiwa-peristiwa hitam di dalam perjalanan bangsa Melayu Penglobalisasian di dalam menyediakan dunia tanpa sempadan, biarlah bermula dengan penglobalisasian di dalam bangsa Melayu itu sendiri, dalam ertikata menyediakan bangsa Melayu yang satu, yang tidak dipisahkan lagi oleh perbezaan ideologi politik dan yang berjaya mengikis segala budaya-budaya negatif
Kesimpulannya, di dalam rakyat melaung-laungkan semangat hormat-menghormati, bersatu padu dan harmoni sesama kaum majmuk di Malaysia ini, seluruh bangsa Melayu perlulah dulu menanam dan mempraktikkan semangat mulia ini sesama sendiri. Barulah terasa kekuatan dan kerelevanan kewujudan bangsa Melayu itu. Anjakan Paradigma perjuangan bangsa Melayu perlu berubah. Perjuangan bangsa Melayu sekarang perlu proaktif dan tidak lagi bertindak dengan signifikan hanya selepas berlaku sesuatu peristiwa hitam.

Friday, January 8, 2010

TERJEMAHAN UMAT MELAYU DI DATARAN MPSP JAM BESAR SG.PETANI

SNAPSHOOT PERHIMPUNAN UMMAH NGO NGO ISLAM DI DATARAN MPSP SUNGAI PETANI









BANTAHAN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA KEDAH



SUNGAI PETANI-8 Januari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA KEDAH)telah membuat bantahan setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya Pada 31 Disember lalu,

Keputusan itu mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam dalam tempoh seminggu ini.

Mahkamah yang sama bagaimanapun menangguhkan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri.

Menurut YDP PERKASA Kedah Syed Osman Mansor dalam kenyataannya pada pihak media pada hari yang sama menjelaskan 9 perkara yang didokong PERKASA KEDAH iaitu:

1.Menyokong penuh langkah kerajaan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan sebagai jalan terbaik bagi menyelesai kemelut yang dihadapi.

2.Mengharapkan pihak Kehakiman akan memberi satu keputusan yang adil dan saksama kepada semua pihak dengan mengambil kira sensitiviti kaum,agama,keharmonian dan keamanan negara.

3.Meminta pihak gereja katolik agar menarik balik niat mengguna kalimah ALLAH dalam penerbitan mingguan Herald weekly atau dalam lain lain cetakan terbitan gereja.

4.Mengharap semua pihak menerima keputusan yang bakal dibuat oleh pihak kehakiman dengan tenang, fikiran yang waras dan tanpa dipengaruhi oleh emosi dan prejudis.

5.Meminta penganut agama lain agar menghormati sentiviti umat melayu Islam seperti mana mereka berkehendakan hak agama mereka dihormati.

6.Memohon pihak kerajaan mengambil langkah langkah tegas bagi memastikan peruntukan peruntukan dalam perlembagaan tidak diseleweng secara mala fide oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab agar tidak berlaku ketegangan dan huru hara yang akan menggugat keamanan awam berkaitan agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

7.Meminta kerajaan mengambil langkah proaktif bagi memperkasa dan menguatkuasakan perlaksanaan Enakmen Syariah Negeri Negeri yang berkaitan dengan pengembangan agama lain dan penggunaan kalimah kalimah Islam seperti yang diperuntukkan didalamnya.

8.Memohon perkenan agar Majlis Raja Raja mengadakan persidangan tergempar untuk menitahkan pendirian mengenai isu ini dan menitahkan tindakan agar kesucian Agama Islam dipertahankan.

9.Mengharap semua pertubuhan umat melayu di Malaysia tanpa mengira ideologi politik bersatu teguh di dalam mempertahankan kesucian Agama Islam.

Kenyataan YDP PERKASA KEDAH itu juga turut mendesak "penganut agama lain tidak mempertikaikan kemuliaan dan keagungan Allah baik dari sudut nama dan sifatnya, kemulilaan Rasulullah dan risalah yang dibawanya".

"Penganut agama lain menghormati segala syiar Islam yang meliputi perlakuan dan ibadah, tempat-tempat suci, pakaian dam juga perlambangan," dokumen itu dipetik dari kenyataan beliau kepada pihak Media sebentar tadi.

Dalam kenyataannya pada Media ,Syed Osman Mansor berkata pihaknya membuat bantahan tersebut bukan untuk mencabar keputusan mahkamah, sebaliknya “untuk menzahirkan hasrat, sentimen dan kegusaran umat Islam.”

PERHIMPUNAN UMMAH GABUNGAN NGO NGO ISLAM



SUNGAI PETANI-500 orang umat islam menyertai demonstrasi aman di dataran MPSP Jam Besar Sungai Petani selepas solat Jumaat sebentar tadi bagi membantah penggunaan perkataan Allah di penerbitan Katholik yang kini menjadi kontroversi.

Perhimpunan tersebut merupakan reaksi kepada keputusan The Herald - Catholic Church bagi menggunakan kalimah ALLAH untuk penerbitan mereka. Tindakan mereka tersebut jelas memperlihatkan sikap sebenar mereka yang mencabar Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa, Perkara 3(1) Ugama Islam ialah Agama Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.


Perhimpunan secara aman membantah penggunaan kalimah ALLAH oleh akhbar mingguan Herald pada hari ini dianjurkan pertubuhan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida)Persatuan Bekas Bekas Perajurit serta beberapa NGO NGO islam yang lain di Kedah.


Demonstrasi membantah isu Penggunaan kalimah Allah yang telah menmbangkitkan kemarahan umat islam di diadakan di Dataran MPSP ,Jam besar Sungai petani ini juga turut diadakandi negeri negeri lain diseluruh negara.

Di Ibu Negara,Perhimpunan anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)dihadiri kira-kira 50 orang. Ia berlangsung hampir 20 minit.

Mereka menaikkan sepanduk bertulisan, antaranya, 'Jangan cabar toleransi Islam' dan 'Kalimah Allah hanya untuk kami', selain membacakan perisytiharan yang mengandungi tujuh tuntutan.


manakala Orang ramai turut menurunkan tandatangan pada petisyen bantahan di Masjid Negara dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Sementara itu, lebih 1,000 orang menyertai perhimpunan dalam dewan solat utama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai membantah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.